Ahad, 11 Februari 2018 | 9:44pm
Pusat sukan ski High Tatras, Slovakia menerima guguran salji seawal Oktober.

Terokai keindahan utara banjaran Alps

MEMILIH percutian musim sejuk ke High Tatras banjaran pergunungan Tatras sempadan Poland di bahagian selatan dan bahagian utara Slovakia pastinya tidak menghampakan bagi mereka yang mendabarkan pengalaman guguran salji paling lembut.

Pengalaman sama ketika penulis berada di tanah tinggi di Cairngorm; Scotland, Munich; Jerman, Tokyo dan banjaran Albroz di Tehran, namun masih belum dapat menandingi kehalusan serta kelembutan bak kapas salji yang dirasai ketika berkunjung ke High Tatras baru-baru ini.

Berada di puncak setinggi 2,655 meter dari paras laut pada cuaca -17 celsius pastinya menjanjikan pemandangan hebat.

Pusat tumpuan pelancong terletak di bahagian sempadan Slovakia kawasan iaitu Vysoké Tatry, menjadi lokasi pilihan percutian santai bagi mereka yang mahukan kedamaian dalam suasana eksklusif.

Lokasi taman negara Tatra National Park-Tatranský národný park (Slovakia) and Tatra National Park-Tatrzański Park Narodowy, di Poland

Tapak Warisan UNESCO

Pada tahun 1949, tempat ini diisytiharkan sebagai taman negara sebelum diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Kunjungan penulis dibawa khas oleh Czech Tourism dengan kerjasama Slovak Tourist Board, lokasi kurang dikunjungi pelancong Asia Tenggara, namun semua bilik hotel di sini mencatatkan kadar tempahan tinggi sepanjang tahun.

Malah pada musim salji sekali pun pengunjung terus ke sini terutama daripada pelancong dari Asia Barat, Eropah Barat, Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura.

Tempat ini sering dikaitkan dengan kunjungan golongan bangsawan termasuk kerabat diraja dan selebriti dunia yang mencari lokasi percutian eksklusif, tanpa mendedahkan siapa mereka oleh pihak pengurusan hotel.

Grand Hotel Kempinski High Tatras, satu-satunya hotel bertaraf lima bintang beroperasi di situ dengan sebahagian besar bilik tetamu menghadap ke Tasik Štrbské pleso dengan berlatarbelakangkan hutan iklim sederhana.


Laluan kereta api funicular menuju puncak Lomnicky.

Tasik membeku, pohon pine diselimuti salji

Namun baru-baru ini, tasik kebiruan pada musim panas membeku dengan pemandangan berkabus.

Jelas kelihatan pohon pine diselimuti salji sepanjang perjalanan menaiki kereta api funicular hingga ke puncak tertinggi Lomnicky pergunungan High Tatras pada ketinggian 2634 meter sepanjang perjalanan menyaksikan pohon pine diselimuti salji.

Kunjungan memberi pengalaman berjalan atas salji setinggi lutut merentasi kawasan pergunungan Stary Smokovel atau old Smokovec yang juga terkenal sebagai lokasi bermain ski.

Berada pada ketinggian 1, 285 meter dari paras laut destinasi wajib kunjung terletak paling hujung rabung puncak Slavkovský štít (puncak). Pengunjung juga boleh berjalna kaki pada jarak 246 meter atau sekitar kurang satu jam untuk sampai ke puncak.

Kawasan sekitar Hrebienok juga menjadi destinasi popular peminat sukan ski, juga menjadi tapak awal sebelum memulakan hiking ke lembah Malá Studená dan Veľká Studená dolina sebelum puncak Slavkovsy.


Hotel Grand Kempinski menerima tempahan tinggi pada musim sejuk.

Fakta perjalanan ke High Tatras

  • Bratislava ke High Tatras sempadan Slovakia
  • 335 kilometer atau 3.30 minit pemanduan
  • Kemudahan kereta api juga disediakan dari Bratislava ke High Tatras
  • Jadual perjalanan boleh layari laman seb www.zsr.sk
  • Kawasan perlindungan untuk flora dan fauna di kawasan
  • pergunungan tertinggi benua Eropah terletak di utara banjaran Alps

  • Lokasi pemeliharaan haiwan terkawal daripada spesies beruang coklat Eropah.
238 dibaca
Berita Harian X