Khamis, 17 Mei 2018 | 6:13pm
NAZIM Othman dan Bella Daly berpisah.

Nazim, Bella Dally bercerai

KUALA LUMPUR: Pelakon Nazim Othman menamatkan teka-teki status perkahwinannya apabila mengumumkan dia dan isterinya, Bella Dally sudah berpisah.

Tanpa memaklumkan tarikh sebenar perpisahan mereka, Nazim dalam kenyataannya di Instagram berkata, perkahwinan yang dibina pada 10 September 2016 itu tidak mampu diselamatkan lagi.

"Dengan rasa berat hati dan dukacita, ingin memaklumkan di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella sudah berakhir.

"Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini berterima kasih di atas doa yang baik untuk kami selama ini," katanya.

Pelakon drama bersiri Monalisa itu bagaimanapun, tidak menyatakan punca perpisahan mereka.

"Sesungguhnya segala keindahan itu datang daripada-Nya dan semua kekurangan itu di atas kekhilafan kami sebagai manusia.

"Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang," luah Nazim..

Sementara itu, Bella yang turut berkongsi perkara sama di laman Instagramnya berkata, selama ini dia sering diajukan pertanyaan, termasuk daripada keluarganya yang bertanya mengapa dan apa sebenarnya berlaku.

"Untuk memendekkan cerita, perkahwinan kami tidak berjalan lancar. Kami sudah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun tidak berjaya. Kami sepakat berpisah adalah jalan terbaik," katanya.

32566 dibaca
Berita Harian X