Selasa, 15 Mei 2018 | 5:38pm
PENGARAH Jenama, Kandungan dan Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Mohamed Nordin (barisan belakang, tengah) Pengarah Strategi dan Khidmat Pelangan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Nini Yusof (barisan belakang, tujuh kiri) bergambar bersama barisan Duta Terima Kasih serta para penaja pada priviu media Kempen Terima Kasih 2018 di Hotel New World. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PENYANYI, Faizal Tahir membuat persembahan pada priviu media Kempen Terima Kasih 2018 di Hotel New World. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Kempen Terima Kasih saji program hebat

PETALING JAYA: Kempen Terima Kasih yang diperkenalkan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) tahun lalu dikekalkan sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak berkata, kempen itu diteruskan selepas mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

"Tahun lalu, kita mendidik orang ramai mengenai kepentingan ungkapan terima kasih. Tahun ini, kami menyediakan platform terbaik kepada penonton untuk meluahkan ungkapan terima kasih mereka dalam bentuk perbuatan.

"Sepanjang Ramadan dan Syawal, kami menyajikan pelbagai program hebat yang menghibur dan mendidik penonton menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi," katanya pada majlis pelancaran Kempen Terima Kasih 2018 di sini, hari ini.

MPTN turut memperkenalkan duta kempen yang mewakili TV3 dan TV9 iaitu Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak mereka, Aqeef Anaqi; Izzue Islam; Farah Nabilah; Remy Ishak dan Puteri Aishah.

Bagi saluran ntv7, dua selebriti yang dipilih adalah Erwin Dawson dan Azira Shafinaz.


PENYANYI, Faizal Tahir membuat persembahan pada priviu media Kempen Terima Kasih 2018 di Hotel New World. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Kempen Terima Kasih tahun ini mengekalkan Faizal Tahir mendendangkan lagu tema berjudul Starfeather yang diilhamkan ketika menjalankan misi kemanusiaan di Bangladesh, baru-baru ini.

Berbeza dengan tahun lalu, Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid digabungkan dan diadakan pada hari sama.

Tarikh dan lokasi Bazar Terima Kasih yang pertama ialah adalah di tempat letak kereta Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 26 Mei depan. Ini disusuli Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka pada 2 Jun.

598 dibaca
Berita Harian X