Sabtu, 13 Januari 2018 | 5:51pm
PENGUNJUNG melihat showcase finalis AJL 32 sempena Festival GegaRia. - Foto Mahzir Mat Isa
PELAKON, Elfira Loy di Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Syarafiq Abd Samad
ORANG ramai bermain congkak yang disediakan sempena Festival GegaRia. - Foto Muhammad Sulaiman
PENGUNJUNG mengikuti acara lompat tali. - Foto yang disediakan sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman
PENGUNJUNG melihat gambar yang dipamerkan di Throwback Tunnel sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

Festival GegaRia terus jadi tumpuan

SHAH ALAM: Festival GegaRia yang sedang berlangsung di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, hari ini terus dikunjungi orang awam menjelang petang.

Sehingga jam 4 petang tadi, orang awam masih memenuhi kawasan aktiviti, biarpun cuaca hujan renyai sejak awal pagi hingga lewat tengah hari tadi.

Permainan tradisi, sukan rakyat dan permainan video menjadi antara tumpuan utama bagi pengunjung yang hadir sejak 8 pagi tadi, khususnya golongan muda dan remaja.

Turut diketengahkan ialah permainan tradisional seperti sepak raga bulat, sepak bulu ayam, lompat getah, congkak dan teng-teng.

Turut mencuri tumpuan ialah pelbagai hiasan seni 'funky' dan binaan struktur huruf gergasi berwarna-warni yang diilhamkan daripada rumah tradisional Melayu, yang sesuai diabadikan dalam foto.

Sehingga kini, lebih 1,000 perkongsian gambar dimuat naik di laman sosial Instagram menerusi hashtag #gogegaria dan #gegariafest.

Suasana di sebelah petang juga kian hangat dengan persembahan dari finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32.

308 dibaca
Berita Harian X