Sabtu, 13 Januari 2018 | 9:24am
Orang ramai menyertai Zumba sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Syarafiq Abd Samad
Peserta melakukan pendaftaran bagi mengikuti acara zumba sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

Festival GegaRia bermula

SHAH ALAM: Seawal jam 7 pagi tadi, pengunjung sudah mula kelihatan di Festival GegaRia yang berlangsung di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Acara pagi ini bermula dengan zumba oleh jurulatih kecergasan, Jessica Ong yang menyaksikan pembabitan hampir 500 pengunjung.

Seramai 500 pengunjung terawal yang mendaftar untuk acara zumba, membawa pulang beg istimewa dan baju-T edisi terhad Festival Gegaria.


Orang ramai menyertai Zumba sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Syarafiq Abd Samad

Acara itu juga turut diselitkan dengan beberapa segmen cabutan bertuah yang menawarkan tiga utas jam tangan masing-masing bernilai RM1,000.

Festival GegarRia ialah acara hispter pelbagai elemen gaya hidup terutama bagi golongan belia.

Ia program pertama bagi dua siri, iaitu di Angsana Johor Bharu Mall, Johor Bharu pada 3 Februari dan Stadium Darul Makmur, Kuantan, 24 Februari.

1000 dibaca
Berita Harian X