Ahad, 20 Ogos 2017 | 6:24pm
PENYANYI Siti Sarah Raissuddin. - Foto fail NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

'Saya tak potong usus'

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raissuddin tidak teragak-agak membuat ujian bagi membuktikan dia tidak memotong usus untuk tampil langsing biarpun beranak tiga.

Sarah yang mengusahakan produk pelangsingan badan, terkilan apabila ada peniaga menabur fitnah hingga memberi tempias kepada produk yang diasaskannya.

"Saya tidak takut untuk membuat ujian bagi membuktikan tidak pernah melakukan pembedahan memotong usus untuk kurus.

"Apabila produk saya laris di pasaran, pelbagai tohmahan yang saya dapat.

"Kali ini, saya tidak boleh berdiam diri kerana berpendapat biadap sungguh orang yang memfitnah saya. Mengapa perlu saya potong usus untuk menipu orang?" katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Sarah mengaku berat badan turun selepas mengamalkan produk yang diusahakannya, Monsta Lab.

"Ramai orang lain yang berjaya dengan produk ini. Jangan tipu orang. Hanya kerana awak nak jual barang awak, saya difitnah," katanya.

10978 dibaca
Berita Harian X