Jumaat, 11 Mei 2018 | 5:46am

Peru naikkan cukai kawal bajet

LIMA: Peru meningkatkan cukai eksais minuman bergula, arak, rokok dan kereta penyebab pencemaran semalam dalam cubaannya menangani masalah kesihatan awam yang dikaitkan dengan penyakit kencing manis dan kanser selain untuk meningkatkan sumber kerajaan.

Kementerian Kewangannya berkata, cukai terhadap rokok akan naik kepada 0.27 sol (RM0.083) dan minuman yang tinggi kandungan gula akan dikenakan cukai sebanyak 25 peratus berbanding 17 peratus sebelum ini.

Minuman yang mengandungi 20 peratus alkohol dan kenderaan terpakai menggunakan enjin petrol juga turut menyaksikan kenaikan cukai. Namun, kenderaan jenis dua bahan bakar tidak akan dikenakan cukai.

Persatuan pengilang negara itu, National Society of Industries memberi amaran bahawa kenaikan cukai di Peru hanya akan meningkatkan lebih banyak barangan seludup. - Reuters

326 dibaca
Berita Harian X