Selasa, 8 Mei 2018 | 8:04am

Helikopter tentera Russia terhempas di Syria

MOSCOW: Dua juruterbang maut apabila helikopter Ka-52 milik tentera Russia terhempas di timur Syria, lapor agensi berita yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan.

"Helikopter tentera Russia terhempas ketika mengadakan penerbangan di timur wilayah Syria," lapor agensi berita TASS yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Russia.

Pada 3 Mei lalu, pesawat pejuang Russia, Su-30SM terhempas di Syria sebaik sahaja berlepas, mengakibatkan dua anak kapalnya terbunuh. - Reuters

792 dibaca
Berita Harian X