BEIRUT : Media tempatan Syria melaporkan bahawa kerosakan harta benda akibat serangan udara Amerika Syarikat ke atas negara itu hanya berlaku di pusat penyelidikan saintifik di daerah Barzeh, Damsyik.
Menurut agensi berita SANA, serangan itu memusnahkan bangunan yang menempatkan pusat pendidikan dan makmal.
"Peluru berpandu yang disasarkan ke atas pangkalan tentera di Homs berjaya dipintas, menyebabkan ia terkeluar dari laluan dan mencederakan tiga orang awam," lapor agensi berkenaan. - Reuters
359 dibaca