Sabtu, 13 Januari 2018 | 9:17am
GAMBAR fail, wabak H7N9 yang melanda China pada Oktober 2016 dan 2017.

Wabak H5N6 landa Britain

LONDON: Kementerian Pertanian Britain mengesan selesema burung jenis H5N6 pada 17 ekor burung liar, di South Dorset, pertama kali pada musim sejuk tahun ini.

Menurut kementerian, ia tidak berisiko tinggi kepada orang ramai dan penternakan tempatan.

Keadaan itu berbeza dengan wabak yang menjejaskan China tahun lalu.

Wabak H7N9 yang melanda China pada Oktober 2016 dan 2017 menyebabkan hampir 300 meninggal dunia. - Reuters

518 dibaca
Berita Harian X