Sabtu, 9 September 2017 | 7:07am
Legenda muzik country, mendiang Don Williams.

Legenda muzik country Don Williams meninggal dunia

LOS ANGELES: Legenda muzik country, Don Williams, antara penyanyi terkenal sekitar 1970-an dan 1980-an, meninggal dunia semalam pada usia 78 tahun, kata pengurus publisitinya.

Sepanjang 50 tahun kerjayanya, Williams yang turut dikenali sebagai 'The Gentle Giant' kerana rangka tubuh dan ketinggian yang mencecah 182 sentimeter, terkenal menerusi lagu hit 'Tulsa Time', 'I Believe in You' dan 'It Must Be Love.

Beliau meninggal dunia pada hari yang sama dengan anggota kumpulan duo muzik country, Troy Gentry, yang terbunuh dalam kemalangan helikopter di New Jersey semalam.

"Kita kehilangan dua lagenda sekali gus. Troy Gentry dan Don Williams akan dirindui. Bersama kita mendoakan keluarga mereka dan semoga mendiang tenang di sana," kata kumpulan pop country Big & Rich di di Twitter.

Menurut kenyataan, Williams meninggal dunia akibat penyakit yang tidak didedahkan tanpa memberikan butiran lanjut. - Reuters

358 dibaca
Berita Harian X