Khamis, 17 Mei 2018 | 9:54pm
PUTERA Harry dan Meghan Markle. - Foto Reuters

Perkahwinan Harry, Meghan lonjak tempahan tiket

LONDON: Perkahwinan aktres Amerika Syarikat (AS), Meghan Markle dengan Putera Harry menyaksikan lebih ramai pengunjung AS terbang ke Britain berdasarkan data tempahan penerbangan dari AS yang menunjukkan peningkatan 12 peratus minggu ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut data laman Travelport hari ini, warga Amerika adalah antara peminat keluarga Diraja yang akan berkumpul di kawasan Windsor sebelum majlis perkahwinan pasangan itu pada Sabtu minggu ini.

Data itu menunjukkan sebelum tarikh perkahwinan terbabit diumumkan pada Disember lalu, tempahan ke Britain dari AS untuk minggu ini susut tujuh peratus, namun selepas berita mengenai tarikh perkahwinan itu diumumkan, tempahan naik 12 peratus berbanding minggu sama pada 2017.

"Kami mengetahui acara penting seperti perkahwinan keluarga Diraja menggalakkan orang ramai berkunjung dan kehadiran ramai pelawat AS minggu ini adalah sesuatu yang baik," kata pengurus negara untuk UK dan Ireland Travelport, Paul Broughton. - Reuters

710 dibaca
Berita Harian X