Rabu, 14 March 2018 | 7:31pm
ANGELA Merkel hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai canselor Jerman di parlimen. - Foto AFP

Merkel angkat sumpah canselor penggal keempat

BERLIN: Angela Merkel hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai canselor Jerman di parlimen.

Ia berkemungkinan besar adalah penggal terakhirnya selaku pemimpin ekonomi terbesar di Eropah itu.

Penggubal undang-undang di Reichstag, Berlin memilih beliau dengan margin 364 berbanding 315 dengan sembilan lagi berkecuali.

Merkel kemudian dilantik secara rasminya oleh Presiden Frank-Walter Steinmeier sebelum mengangkat sumpah jawatan di dewan rakyat. - AFP

213 dibaca
Berita Harian X