Selasa, 13 Februari 2018 | 4:28pm

Lapangan terbang London City dibuka semula

LONDON: Lapangan terbang London City dibuka semula dan beroperasi seperti biasa, hari ini, kata pihak pengurusan selepas dua bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui berhampiran dibawa keluar dari Sungai Thames.

Kesemua penerbangan pergi dan balik ke lapangan terbang berkenaan dibatalkan pada Isnin selepas bahan letupan seberat setengah tan ditemui berhampiran Jeti Raja George V di timur London, menyebabkan zon pengecualian sehingga 200 meter ditetapkan.

"Bahan letupan didakwa dari Perang Dunia Kedua di Jeti Raja George selamat dialihkan Tentera Laut Diraja dan Polis Met," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Lapangan Terbang London City Robert Sinclair dalam satu kenyataan.

"Ia sekali gus membatalkan zon pengecualian manakala lapangan terbang dibuka dan beroperasi seperti biasa hari ini,"kata Sinclair - Reuters

311 dibaca
Berita Harian X