Ahad, 11 Februari 2018 | 9:37pm
PESAWAT Saratov Airlines jenis Antonov An-148 dilaporkan hilang dari radar dua minit sejurus berlepas. - Foto Reuters
SERPIHAN bangkai pesawat bertaburan di sekitar lokasi terhempas. - Foto Reuters
PASUKAN kecemasan di lokasi pesawat yang terhempas. - Foto Reuters
SERPIHAN bahagian pesawat Antonov An-148. - Foto Reuters
PASUKAN kecemasan di lokasi pesawat yang terhempas. - Foto Reuters
SERPIHAN bahagian pesawat Antonov An-148. - Foto Reuters
SERPIHAN bahagian pesawat Antonov An-148. - Foto Reuters

Semua 71 penumpang, kru pesawat Russia maut

MOSCOW: Semua 71 penumpang dan kru pesawat dikendalikan Saratov Airlines, Russia yang terhempas dekat sini terbunuh, menurut agensi berita Russia, TASS, memetik sumber perkhidmatan kecemasan.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di sini.

Pesawat Antonov An-148 dikendalikan penerbangan domestik Saratov Airlines itu dalam perjalanan ke Orsk, bandar di Urals, dan terhempas di daerah Ramensky di pinggir ibu kota ini.

Agensi berita Russia melaporkan 65 penumpang dan enam kru berada dalam pesawat itu.

Laporan menyatakan saksi di perkampungan Argunovo melihat sebuah pesawat yang terbakar jatuh dari langit.

Sumber perkhidmatan kecemasan Russia memaklumkan Interfax, 71 penumpang dalam pesawat itu "tiada peluang" untuk selamat.


SERPIHAN bahagian pesawat Antonov An-148. - Foto Reuters

Agensi sama melaporkan, serpihan bangkai pesawat bertaburan di sekitar lokasi terhempas.

Pesawat buatan Russia itu berusia tujuh tahun dan dibeli Saratov Airlines daripada syarikat penerbangan tempatan lain setahun lalu.

Media Russia melaporkan, perkhidmatan kecemasan gagal sampai ke tapak nahas melalui jalan raya dan pekerja penyelamat berjalan kaki ke tempat kejadian.

Sumber di Domodedovo, lapangan terbang kedua terbesar ibu kota ini, memberitahu pesawat terbabit hilang dari radar dua minit sejurus berlepas.

Agensi berita melaporkan, Menteri Pengangkutan Russia dalam perjalanan ke tempat nahas.

Menurut Kementerian Pengangkutan, beberapa kemungkinan punca nahas sedang dinilai, termasuk keadaan cuaca dan kesilapan manusia.

Gabenor rantau Orenburg, destinasi pesawat itu, memberitahu media Russia bahawa lebih 60 orang dalam penerbangan itu adalah dari wilayah berkenaan.

Pendakwa raya membuka siasatan terhadap Saratov Airlines susulan nahas itu. - AFP/Reuters

3328 dibaca
Berita Harian X