Rabu, 7 Februari 2018 | 11:56am
Foto hiasan

Seorang maut dalam kebakaran di barat London

LONDON: Seorang lelaki maut manakala beberapa penduduk dipindahkan selepas sebuah kediaman flat di Holland Park di barat London terbakar, kata bomba awal pagi ini yang turut mengesahkan api berjaya dipadamkan.

Katanya, sejumlah 12 kereta bomba diiringi kira-kira 80 anggota bomba berserta petugas keselamatan terbabit dalam usaha memadamkan kebakaran di kediaman berkenaan.

Beberapa unit kediaman dilaporkan terjejas teruk dalam tragedi berkenaan yang turut menyaksikan lapan pemilik rumah mengosongkan kediaman mereka, lapor bomba.

Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.44 pagi waktu tempatan.

Punca kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan. - Reuters

202 dibaca
Berita Harian X