Ahad, 8 Oktober 2017 | 7:40am
GAMBAR fail, Menteri Luar Britain, Boris Johnson menyampaikan ucapan pada hari ketiga Persidangan Konservatif Parti di Manchester, Britain, 03 Oktober 2017. - Foto EPA

May mungkin singkir Menteri Luar

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, memberi bayangan berkemungkinan menyingkirkan Menteri Luar, Boris Johnson, selepas berhadapan bantahan terbuka daripada anggota partinya.

Akhbar Sunday Times melaporkan, ia menemubual May mengenai pelan untuk Johnson, yang dituduh sekutu May cuba merendahkan usaha Perdana Menteri itu dengan mengemukakan visinya sendiri bagi proses pengunduran Britain daripada Kesatuan Eropah.

"Bukan cara saya berlindung daripada cabaran dan saya tidak akan memulakannya sekarang.

"Saya Perdana Menteri dan sebahagian tugas saya memastikan saya memiliki tokoh terbaik dalam Kabinet, cuma yang berbakat berada dalam parti,"

Sunday Times imemetik May sebagai berkata dalam apa yang disifatkan sebagai bayangan beliau bersedia membawa menteri baru dalam Kabinetnya dan menyingkirkan mereka yang mencetuskan masalah kepadanya.

Downing Street enggan memberi ulasan mengenai berita itu lewat semalam, berkata ia belum meneliti temubual itu.

May melihat penguasaannya ke atas Parti Konservatif merosot sejak mengadakan pilihan raya awal Jun lalu yang menyaksikan beliau kehilangan majoriti dalam Parlimen.

Johsnon, yang dilihat sebagai calon berpotensi menerajui parti itu, menulis dalam artikel akhbar bulan lalu menggariskan visinya berhubung Brexit beberapa hari sebelum May memberikan ucapan mengenai subjek itu. - Reuters

499 dibaca
Berita Harian X