Sabtu, 7 Oktober 2017 | 11:44pm
POLIS membantu mangsa rempuhan pejalan kaki di kawasan selatan Kensington di London - Foto AFP

Pejalan kaki cedera dirempuh di muzium London

LONDON: Beberapa orang pejalan kaki cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki berhampiran Muzium Sejarah Semulajadi di sini.

hari ini.

Bagaimanapun, lelaki terbabit berjaya ditahan polis yang berada di lokasi kejadian.

Terdahulu, media British melaporkan sebuah kereta terbabas ke laluan pejalan kaki di luar sebuah destinasi tarikan pelancong.

Polis menyifatkan kejadian di kawasan selatan Kensington di barat London itu sebagai satu kemalangan dan berkata motif kejadian itu sedang disiasat.

Sementara itu, muzium itu dalam satu kenyataan di laman Twitter berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan polis selepas 'satu kejadian serius' dan akan memberikan maklumat lanjut berhubung insiden itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pihak polis berkata, pegawainya sudah berada di tempat kejadian dan Perkhidmatan Ambulans London juga sudah dihubungi. - Reuters

252 dibaca
Berita Harian X