Selasa, 12 September 2017 | 9:50pm
SEKURANG-KURANGNYA lapan maut dalam banjir besar di Livorno selepas hujan lebat melanda bandar itu sejak hujung minggu lalu.- Foto EPA

8 maut banjir besar landa Livorno

ROME: Sekurang-kurangnya lapan maut dalam banjir besar di Livorno selepas hujan lebat melanda bandar itu sejak hujung minggu lalu.

Sehingga kini, pasukan penyelamat telah menemui mayat seorang lelaki berusia 67 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu, manakala mayat seorang wanita berusia 34 tahun dijumpai sehari sebelumnya.

Turut maut ialah empat sekeluarga apabila kediaman mereka dinaiki air, Ahad lalu selepas hujan lebat selama lebih empat jam membanjiri sebahagian besar penempatan berkenaan dan menghanyutkan beberapa kenderaan.

Mayat kelima ditemui di sebuah lokasi tanah runtuh, manakala mayat keenam dijumpai di kaki bukit kawasan kejiranan berdekatan.

Menurut laporan media tempatan, banjir itu berpunca daripada kelemahan pihak berkuasa tempatan melaksanakan projek kawalan aliran air sungai pada tahun 2015.

Menurut akhbar harian Corriere della Sera, takungan air yang dibina terbukti terlalu kecil untuk menampung limpahan air sungai. - AFP

135 dibaca
Berita Harian X