Khamis, 7 September 2017 | 8:17am
KEADAAN banjir di St Martin berikutan taufan Irma yang melanda di pulau itu. - Foto AFP

TERKINI: Korban Taufan Irma meningkat 6 orang

BASSE-TERRE: Sekurang-kurangnya enam terbunuh di St Martin, Kepulauan Caribbean selepas taufan Irma membadai keseluruhan wilayah itu, kata pegawai daerah, Eric Maire.

"Ini bukan angka akhir. Kami sedih dengan penemuan seterusnya," kata Maire kepada wartawan.

Terdahulu, Kementerian Luar Perancis memaklumkan dua kematian dan dua lagi cedera di St Barts dan St Martin. - AFP


KEADAAN banjir di St Martin berikutan taufan Irma yang melanda di pulau itu. - Foto AFP

741 dibaca
Berita Harian X