Isnin, 17 Julai 2017 | 7:16pm
PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto REUTERS

Jangan bocor mesyuarat Kabinet - Theresa May

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, mengingatkan anggota Kabinet bahawa perbincangan peringkat atasan perlu kekal sebagai sulit, kata jurucakapnya hari ini, sebagai reaksi kepada siri kebocoran maklumat selepas mesyuarat diadakan baru-baru ini.

"Anggota Kabinet mesti merahsiakan perbincangan mengenai dasar kerajaan dan Perdana Menteri akan mengingatkan rakan-rakannya mengenai perkara itu dalam mesyuara Kabinet esok," kata jurucakapnya kepada wartawan. - Reuters

188 dibaca
Berita Harian X