Jumaat, 18 Mei 2018 | 12:32am
MESYUARAT membabitkan menteri luar negara Arab di Kaherah, hari ini. - Foto EPA-EFE

Penjenayahan Israel: Liga Arab gesa siasatan antarabangsa

KAHERAH: Liga Arab, hari ini menggesa satu siasatan antarabangsa mengenai dakwaan penjenayahan oleh tentera Israel ke atas Palestin berikutan bantahan besar-besaran di sempadan Gaza yang menyaksikan berpuluh-puluh penunjuk perasaan terbunuh.

Sejak 30 Mac lalu, beribu-ribu orang melancarkan bantahan di kawasan sempadan bersama Israel menuntut tanah milik warga Palestin yang kini berada dalam kawasan rejim berkenaan dikembalikan.

Bantahan terbesar kebetulan berlaku pada hari Amerika Syarikat memindahkan pejabat kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sehingga 62 warga Palestin terkorban dalam pertempuran tanda tidak puas hati.

"Kami memohon satu penyiasatan antarabangsa yang ada kredibiliti ke atas jenayah dilakukan oleh rejim berkenaan," kata pemimpin Liga Arab, Ahmed Abul Gheit dalam satu mesyuarat luar biasa membabitkan menteri luar negara Arab di sini, hari ini. - AFP

273 dibaca
Berita Harian X