Rabu, 14 March 2018 | 11:48am
BEKAS Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak. - Foto EPA-EFE

Bekas Presiden Korea Selatan disoal siasat

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dilaporkan disoal siasat pihak pendakwa raya berhubung satu kes rasuah.

Kes rasuah itu membabitkan ahli keluarga dan pembantu Myung-bak sepanjang pentadbirannya pada 2008 hingga 2013.

Ia mula dilaporkan sejak beberapa minggu lalu, ketika pihak pendakwaraya menyiasat beberapa kes rasuah bernilai jutaan dollar.

Siasatan terhadap Myung-bak itu bermakna semua bekas Presiden Korea Selatan yang masih hidup pernah didakwa, disabitkan kesalahan atau terbabit dalam beberapa siasatan jenayah.

Dua bekas pembantu Myung-bak sudah ditahan pihak berkuasa susulan siasatan berkenaan, manakala rumah dan pejabat adik-beradik lelakinya turut diserbu pihak berkuasa. - AFP

418 dibaca
Berita Harian X