Ahad, 11 Februari 2018 | 7:33pm

4 gajah mati dirempuh kereta api

NEW DELHI: Sebuah kereta api penumpang merempuh kawanan gajah yang melintas landasan di timur laut India, menyebabkan empat daripada haiwan itu mati.

Jurucakap kereta api serantau, P J Sharma, berkata impak rempuhan itu di negeri Assam lewat semalam menyebabkan enjin kereta api tercampak namun tiada penumpang cedera.

Seekor lagi gajah cedera parah dalam nahas itu.

Gajah itu adalah sebahagian kumpulan lebih besar yang berhijrah melalui kawasan hutan berbukit negeri itu, di mana landasan kereta api merentasi koridor transit haiwan itu.

India memiliki hampir 30,000 ekor gajah dan Assam mengandungi populasi terbesar spesies gajah Asia yang dilindungi itu.

Pihak berkuasa kereta api memperkenalkan had laju di sesetengah laluan yang dikhususkan untuk koridor gajah itu namun tidak jelas jika kemalangan itu berlaku di zon terbabit. - AFP

280 dibaca
Berita Harian X