Ahad, 11 Februari 2018 | 5:11pm
ANGGOTA polis di luar Joy City Mall susulan serangan menggunakan pisau di pusat beli belah itu. - Foto Reuters

1 maut, 12 cedera serangan pisau di China

BEIJING: Seorang wanita terbunuh manakala 12 lain cedera selepas seorang lelaki melakukan serangan menggunakan pisau di sebuah pusat beli belah di daerah beli belah sibuk di ibu kota ini.

Polis ibu kota ini dalam kenyataan ringkas berkata, mereka menahan seorang lelaki susulan serangan awal tengah hari di Joy City Mall di daerah Xidan.

Mangsa, tiga lelaki dan 10 wanita dihantar ke hospital selepas serangan namun seorang wanita maut akibat kecederaan dialaminya, kata polis. Mangsa lain dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dijangka pulih.

Polis berkata, mereka bertindak pantas dalam insiden itu dan mengenal pasti penyerang sebagai Zhu, berusia 35 tahun dari wilayah utara Henan.

Lelaki terbabit mengaku melakukan serangan untuk meluahkan perasaan tidak puas hati namun tidak menjelaskan lanjut. - Reuters

317 dibaca
Berita Harian X