Khamis, 7 Disember 2017 | 7:16pm
BAYI menerima suntikan imunisasi difteria Bogor, Jawa Barat, selatan Jakarta, Indonesia. - Foto Reuters

32 maut akibat difteria di Indonesia

JAKARTA: Indonesia bakal mengadakan kempen imunisasi minggu depan bagi menangani peningkatan mendadak kes difteria, yang setakat ini sudah mengorbankan 32 mangsa, termasuk kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Mohamad Subuh, berkata sejak Januari lalu, sebanyak 591 kes dilaporkan, iaitu peningkatan 42 peratus berbanding tahun lalu.

"Berikutan berlakunya peningkatan kes berbanding tahun lalu, kami akan melancarkan kempen imunisasi bagi mengelakkan ia menjadi wabak," kata Mohamad.

Katanya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 415 kes dilaporkan dengan 24 kematian.

Indonesia adalah antara negara yang mencatat jumlah tertinggi kes difteria di dunia, selain India dan negara Sub Sahara Afrika, walaupun pemberian vaksin berjaya mengurangkan kes itu sejak 30 tahun lalu.

Difteria adalah penyakit jangkitan bakteria yang disebarkan menerusi udara dan sentuhan, serta boleh membawa maut.

Antara gejala menunjukkan seseorang dijangkiti difteria ialah demam, sakit tetak dan sesak nafas. - Reuters

223 dibaca
Berita Harian X