Rabu, 11 Oktober 2017 | 11:40pm
PRESIDEN Vladimir Putin, menerima anak anjing baka terpilih sebagai hadiah hari jadi daripada Presiden Turkmenistan. - Foto EPA

Putin dapat anak anjing

SOCHI: Presiden Vladimir Putin, menerima anak anjing baka terpilih sebagai hadiah hari jadi daripada Presiden Turkmenistan.

Presiden Kurbanguly Berdymukhamedov menyerahkan anak anjing baka alabai itu sebelum memulakan rundingan dengan Putin.

Putin, yang meraikan ulang tahunnya ke-65 pada 7 Oktober lalu, mengambil anak anjing yang dinamakan Verny, bermakna setia dalam bahasa Russia dan mencium dahi haiwan itu.

Alabai adalah baka tempatan pelbagai anjing peliharaan Asia Tengah yang disenaraikan sebagai sebahagian warisan kebangsaan Turkmenistan, selain permaidani buatan tangan dan kuda lumba baka Akhal Teke.

Comel ketika kecil, alabai membesar menjadi anjing pengembara, tidak takut menghalau serigala atau berhadapan orang yang tak dikenali.

Kedua-dua pemimpin mengadakan rundingan di pusat peranginan Sochi di Laut Hitam, dengan Turkmenistan mahu melihat kemungkinan sambungan semula eksport gas asli ke Russia. - REUTERS

1436 dibaca
Berita Harian X