Khamis, 14 September 2017 | 9:26am

Gempa di timur Jepun

TOKYO: Gempa bumi dengan kekuatan 4.6 magnitud menggegarkan wilayah timur Jepun, lapor Agensi Meteorologi Jepun.

Menurut agensi itu, gempa yang berlaku kira-kira jam 9.27 pagi (waktu tempatan), berpusat di wilayah Saitama berada pada kedalaman 50 kilometer.

Setakat ini tiada amaran tsunami, kerosakan mahupun kematian dikeluarkan. - Reuters

584 dibaca
Berita Harian X