Ahad, 13 Ogos 2017 | 11:17pm

Parlimen Iran lulus pindaan undang-undang dadah

TEHRAN: Parlimen Iran meluluskan pindaan undang-undang penyeludupan dadah hari ini, antaranya menaikkan syarat bagi hukuman mati.

Rang undang-undang itu perlu diluluskan oleh Majlis Penjaga Iran tetapi mendapat kelulusan Parlimen selepas dibahaskan beberapa bulan, menurut laman web Parlimen dan agensi berita ISNA.

Menurut Amnesty International, Iran adalah antara lima negara paling banyak menjatuhkan hukuman mati di dunia pada 2016, dengan kebanyakan hukuman gantung berkaitan dadah.

Undang-undang baru menaikkan jumlah yang boleh menyebabkan pesalah dijatuhi hukuman mati daripada 30 gram kepada dua kilogram bagi pengeluaran dan pengedaran dadah bahan kimia seperti heroin, kokain dan pil perangsang.

Bagi bahan semula jadi seperti candu dan ganja, ia dinaikkan daripada lima kilogram kepada 50 kilogram.

- AFP

Berita Harian X