Sabtu, 29 Julai 2017 | 12:22am
KAPAL angkasa Soyuz bersama tiga angkasawan dari Itali, Russia dan Amerika Syarikat berlepas hari ini dari Baikonur Cosmodrome dalam misi lima bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa. - Foto AFP

Soyuz bersama 3 angkasawan berlepas hari ini

BAIKONUR, Kazakhstan: Kapal angkasa Soyuz bersama tiga angkasawan dari Itali, Russia dan Amerika Syarikat berlepas hari ini dari Baikonur Cosmodrome dalam misi lima bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Rakaman video yang disiarkan oleh Agensi Angkasawan Russia, Roscosmos, menunjukkan kapal angkasa itu membawa angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), Randy Bresnik, Sergey Ryazansky (Russia) dan Paolo Nespoli (Agensi Angkasa Eropah). AFP

435 dibaca
Berita Harian X