Selasa, 17 April 2018 | 5:24pm

Tutor bersalah bantu pelajar dalam peperiksaan

SINGAPURA: Tutor peribadi warga Singapura disabitkan bersalah kerana terbabit dengan skim terancang bagi membantu pelajar sekolah menengah warga China menipu dalam peperiksaan menggunakan telefon bimbit dan peralatan tanpa wayar.

Menurut pendakwa raya, Tan Jia Yan, 32, mengaku salah kerana terbabit dalam komplot berkenaan bagi membantu sekurang-kurangnya enam pelajar yang menduduki peperiksaan O-Level.

"Pelajar terbabit dibekalkan dengan telefon bimbit yang disembunyikan di bawah pakaian mereka dan ia disambung dengan alat pendengaran tanpa wajar berwarna kulit," kata pendakwa raya.

Jia Yan yang bakal dijatuhi hukuman bulan depan, berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Warga China yang dilaporkan mengambil peperiksaan itu pada Oktober 2016, adalah pelajar di sebuah pusat tuisyen dan Jia Yan mengajar di situ. - AFP

332 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »