Ahad, 11 Februari 2018 | 3:00pm
ANGGOTA polis membuat siasatan di Gereja Katolik Lidwina, di Yogyakarta. - Foto Reuters

Penyerang gereja ditembak

JAKARTA: Seorang penyerang bersenjatakan pedang mencederakan empat mangsa ketika upacara keagamaan di sebuah gereja di bandar Yogyakarta hari ini, sebelum ditembak polis.

Setakat ini, polis belum mengesahkan jika insiden itu ada kaitan dengan keganasan.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat motif serangan suspek yang dipercayai seorang penuntut universiti.

"Kami tidak boleh mengesahkan jika insiden ini berunsur keganasan. Kami mengesahkan suspek sudah ditahan dan sedang dirawat di hospital," kata jurucakap polis Yogyakarta, Yulianto.

Yulianto berkata, penyerang yang belum dikenal pasti itu ditembak polis di bahagian perut manakala keadaan mangsa yang cedera belum diketahui. - Reuters

946 dibaca
Berita Harian X