Sabtu, 7 Oktober 2017 | 10:56pm
JALAN raya di Bangkok sekali lagi berubah menjadi monokrom selepas kerajaan tentera menggesa orang awam memakai pakaian hitam putih dan membatalkan sebarang keraian menjelang upacara pembakaran mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.- Foto EPA

Kurang aktiviti hiburan menjelang pemakaman Raja Bhumibol

BANGKOK: Jalan raya di Bangkok sekali lagi berubah menjadi monokrom selepas kerajaan tentera menggesa orang awam memakai pakaian hitam putih dan membatalkan sebarang keraian menjelang upacara pembakaran mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Sejak kematian Bhumibol pada Oktober 2016, kerajaan Thailand giat mempersiapkan upacara pengebumian rumit seorang pemimpin yang memerintah selama 70 tahun dengan penuh karisma.

Dalam ucapan mingguannya semalam, pemimpin junta, Prayut Chan-O-Cha menggesa orang ramai untuk mematuhi garis panduan berkabung menjelang upacara pembakaran mayat pada 26 Oktober ini.

Beliau turut meminta stesen televisyen dan pusat hiburan untuk tidak menyiarkan sebarang bahan yang memaparkan kegembiraan yang keterlaluan.

"Kami meminta anda mempertimbangkan untuk mengehadkan atau menghentikan sebarang aktiviti hiburan sepanjang bulan Oktober, sesuai dengan perasaan dan sentimen rakyat Thai ketika ini," kata pemimpin junta itu. - AFP

1060 dibaca
Berita Harian X