Khamis, 7 September 2017 | 8:35pm
SARAPUDDIN Koni (baju merah) dan Sawal Maryam (kanan) dibebaskan hari ini selepas diculik militan di selatan Filipina, sembilan bulan lalu. - Foto AFP

Dua tebusan Indonesia bebas

JOLO: Dua kelasi Indonesia yang diculik militan di selatan Filipina, dibebaskan hari ini selepas pertempuran yang menyebabkan lima penculik maut, kata tentera.

Mereka diculik sembilan bulan lalu di perairan Malaysia dan dibawa ke pulau Jolo di selatan Filipina, kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf, yang terbabit dalam kes penculikan untuk mendapatkan tebusan.

Polis menamakan mereka sebagai Sarapuddin Koni dan Sawal Maryam Ivo. Kedua-duanya ialah penduduk pulau Sulawesi di Indonesia, yang terletak di selatan Filipina.

"Tentera kami ternampak mereka di pusat pemeriksaan ketika berada dalam kenderaan utiliti awam.

"Mereka berjaya melarikan diri daripada penculik selepas pertempuran yang berlaku 30 minit sebelum itu," kata Komander Petugas Khas wilayah itu, Brigadier Jeneral Cirilito Sobejana.

Beliau menambah, kelasi berkenaan tidak cedera tetapi menunjukkan tanda tidak mendapat zat mencukupi.

Lima anggota Abu Sayyaf maut dan lima anggota tentera cedera dalam pertempuran itu. - AFP

469 dibaca
Berita Harian X