Khamis, 11 Oktober 2018 | 1:13am
Keiko Fujimori (tengah). - Foto EPA

Keiko Fujimori ditahan kes pengubahan wang haram

LIMA: Polis Peru menahan pemimpin parti pembangkang yang juga anak perempuan bekas presiden Alberto Fujimori, 80 atas dakwaan penggubahan wang haram membabitkan syarikat pembinaan gergasi Brazil, Odebrecht, kata peguamnya hari ini.

Pemimpin berusia 43 tahun itu ditahan atas arahan pendakwa yang sedang menyiasat dakwaan sumbangan untuk kempen pilihan raya beliau, kata peguamnya Giuliana Loza.

Pemimpin Angkatan Popular Force itu ditangkap selepas menyerahkan bukti kepada seorang hakim di pejabat pendakwa raya.

Beliau diletakkan di bawah tahanan pencegahan selama 10 hari, kata Loza, yang menyifatkan penahanan itu sebagai tidak masuk akal dan satu penyalahgunaan kuasa.

Seramai 19 orang lagi ditangkap dalam kes yang dikaitkan dengan sumbangan kepada Angkatan Popular Force ketika kempen pilihan raya presiden Keiko Fujimori pada 2011.

Beliau ditahan seminggu selepas pengampunan terhadap jenayah kemanusiaan yang disabitkan ke atas bapanya dibatalkan. - AFP

688 dibaca
Berita Harian X