Isnin, 12 Februari 2018 | 7:42am
TENTERA Venezuela. - Foto AFP

18 maut tentera, pelombong haram bertempur

GUASIPATI, Venezuela: Sekurang-kurangnya 18 maut dalam pertempuran antara pihak tentera dan pelombong haram di selatan Venezuela, minggu lalu.

Gabenor Bolivar, Justo Noguera, mengesahkan bahawa satu unit tentera melancarkan serangan berkenaan.

"Saya tidak boleh mengesahkan jumlah mangsa (terkorban) kerana siasatan sedang dijalankan," katanya kepada pemberita.

Namun, akhbar tempatan, Correo del Caroni melaporkan 17 lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam insiden yang berlaku pada pagi Sabtu lalu.

Media tempatan turut melaporkan, pihak tentera berjaya merampas pelbagai senjata api dan bahan letupan dalam operasi itu.

Pada 2016, 17 terkorban dalam pertempuran antara geng di kawasan lombong berhampiran sempadan Guyana. - Reuters

622 dibaca
Berita Harian X