Ahad, 11 Februari 2018 | 4:11pm
TAMAN Negara Grand Canyon, di Arizona. - Foto Reuters

3 maut helikopter terhempas di Grand Canyon

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan empat yang lain cedera apabila sebuah helikopter yang membawa pelancong di Arizona terhempas di Grand Canyon.

"Nahas berlaku sekitar jam 5.20 petang waktu tempatan di Grand Canyon Barat yang terletak di barat laut Arizona," kata Ketua Polis Hualapai Nation, Francis Bradley.

Media tempatan melaporkan nahas itu membabitkan pesawat Eurocopter EC130 yang syarikat pengendalinya tidak diketahui dan ia dalam penerbangan membawa pelancong.

"Siasatan sedang dijalankan," kata Bradley sambil menambah tiada maklumat lain mengenai tragedi. - AFP

362 dibaca
Berita Harian X