Rabu, 22 November 2017 | 5:16pm
- Foto hiasan

Pesawat tentera AS bawa 11 anak kapal terhempas

TOKYO: Sebuah pesawat tentera yang dinaiki 11 anak kapal dilaporkan terhempas di Laut Filipina ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah kapal pengangkut, kata Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Insiden itu adalah kemalangan terbaru yang melanda pasukan tentera AS di Asia Timur.

"Sebuah pesawat Tentera Laut AS yang membawa 11 anak kapal dan penumpang terhempas ke dalam laut di tenggara Okinawa," menurut satu kenyataan dari Tentera Laut AS.

"Pasukan mencari dan menyelamat sudah digerakkan dan keadaan mereka akan dipantau oleh kakitangan perubatan USS Ronald Reagan.

Tentera laut AS sering terbabit dalam kemalangan di Asia Timur kebelakangan ini termasuk USS John S. McCain yang berlanggar dengan sebuah kapal tangki di Singapura Ogos lalu mengakibatkan 10 anak kapal terbunuh dan lima yang lain cedera. - AFP

1214 dibaca
Berita Harian X