Khamis, 12 Oktober 2017 | 1:29am

Gangguan FB, Instagram

WASHINGTON: Pengguna Facebook (FB) dan Instagram di beberapa bahagian di Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada tidak dapat mengakses akaun masing-masing berikutan isu teknikal dihadapi rangkaian media sosial itu.

"Kami sedar sebahagian pengguna berhadapan masalah mengakses Facebook dan Instagram. Kami berusaha mengembalikan keadaan kepada normal secepat mungkin," kata jurucakap Facebook.

Terdahulu, DownDetector.com, yang memantau gangguan, menunjukkan ada lebih 12,000 aduan pengguna mengenai isu dengan penggunaan laman web.

Downdetector dalam laman webnya menyebut, 50 peratus pengguna melaporkan masalah untuk log masuk, manakala 40 peratus mengadu berhadapan isu akaun terpadam sepenuhnya dan 10 peratus lagi mengalami masalah gambar. - REUTERS

1534 dibaca
Berita Harian X