Selasa, 10 Oktober 2017 | 3:39pm

Gempa bumi 6.3 landa Chile

WASHINGTON: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud menggegarkan bahagian utara Chile, awal hari ini, menurut kenyataan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Agensi itu berkata, gempa itu melanda 70 kilometer di timur persisiran pantai bandar Arica, terletak berhampiran sempadan dengan Peru.

Tambahnya, gempa melanda pada kedalaman 82 kilometer. - AFP

156 dibaca
Berita Harian X