Selasa, 12 September 2017 | 6:59am

Isu Rohingya dibincang di PBB esok

NEW YORK (PBB): Isu keganasan di Myanmar yang memaksa lebih 300,000 penduduk etnik Rohingya beragama Islam melarikan diri ke Bangladesh bakal dibincangkan esok, pada mesyuarat Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia adalah susulan desakan Britain dan Sweden yang mahu Majlis Keselamatan mengadakan satu mesyuarat tergempar, berikutan insiden keganasan di Rakhine yang menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa. - AFP

369 dibaca
Berita Harian X