Isnin, 14 Ogos 2017 | 12:45am

AS siasat keganasan di Virginia

CHARLOTTESVILLE: Pihak berkuasa Amerika Syarikat, hari ini menyiasat keganasan di Virginia berikutan perhimpunan pelampau kulit putih yang meragut satu nyawa dan mencederakan lebih 30 lagi.

Ia sekali gus memberikan cabaran domestik yang besar kepada Presiden Donald Trump.

Keganasan di Charlottesville semalam dikutuk hebat, dengan ramai ahli politik dan aktivis berhaluan kiri dan kanan mengkritik Trump, kerana menunggu terlalu lama untuk menanganinya, dan apabila berbuat demikian, gagal mengecam penunjuk perasaan pelampau kulit putih yang mencetuskan kekecohan itu.

Bagaimanapun, hari ini Rumah Putih berkata Trump, mengutuk semua bentuk keganasan, termasuk kumpulan neo-Nazi dan Ku Klux Klan.

"Presiden berkata dengan tegas dan kenyataannya semalam beliau mengutuk semua bentuk keganasan dan kebencian, termasuk pelampau kulit putih, KKK, neo-Nazi dan semua kumpulan pelampau.

"Beliau menggesa perpaduan dan penyatuan semua rakyat Amerika Syarikat," kata kenyataan.

Keganasan itu memberi tekanan baru kepada pentadbiran Trump untuk mengambil pendirian tegas terhadap segmen asas politiknya. - Reuters

559 dibaca
Berita Harian X