Sabtu, 6 Oktober 2018 | 8:31pm

Nahas lori tangki ragut 50 nyawa di Congo

KINSHASA/MATADI: Kira-kira 50 orang terbunuh manakala 100 lagi mengalami lecur teruk selepas sebuah lori tangki minyak bertembung dengan kenderaan di Republik Demokratik Congo hari ini, kata seorang pegawai serantau.

Timbalan Gabenor wilayah Kongo Tengah, Atou Matubuana Nkuluki berkata, pihak berkuasa melakukan apa yang terdaya membantu mangsa nahas di perkampungan Mbuta, sejauh 130 kilometer dari ibu kota ini.

“Kami meratapi kematian kira-kira 50 orang. Tambahan 100 orang mengalami lecur darjah kedua,” katanya.

Jalan raya di negara Afrika tengah itu terkenal tidak diselenggara dengan baik selepas bertahun perang dan pengabaian.

Pada 2010, sekurang-kurangnya 230 orang terbunuh di Congo apabila sebuah lori tangki terbalik dan meletup, menghasilkan bebola api yang membakar rumah dan pawagam dipenuhi orang ramai sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia. -Reuters

92 dibaca
Berita Harian X