Sabtu, 6 Oktober 2018 | 7:22am

Empat maut dalam operasi banteras penyeludupan berlian

LUANDA: Empat maut, manakala tujuh mangsa cedera dalam satu operasi membanteras penyeludup berlian membabitkan warga asing di timur laut Angola, semalam.

Media tempatan melaporkan, dalam operasi itu, pihak polis berjaya merampas 3,000 berlian, 150 kenderaan dan lebih AS$80,000 (RM331,542) wang tunai.

“Warga asing yang disyaki penyeludup membunuh tiga warga Angola menggunakan parang, sementara seorang lagi rakyat tempatan mati akibat ditembak,” lapor stesen televisyen tempatan, TPA.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di wilayah Lunda Norte, yang terletak di sempadan Republik Demokratik Congo.

“Pembabitan warga asing dalam kegiatan tidak sah di dalam negara ini, menyebabkan peningkatan jumlah wang haram di pasaran tempatan.

“Kami tidak boleh membiarkan perkara ini daripada terus berlaku,” kata jurucakap polis, Antonio Bernado.

Angka kematian itu turut disahkan oleh Presiden wilayah Lunda Tchokwes.

Selain itu, Bernardo berkata, 800 individu berjaya diberkas dalam operasi berkenaan, termasuk warga Congo, Lubnan, Mali dan Nigeria. - AFP

409 dibaca
Berita Harian X