Jumaat, 13 April 2018 | 2:29pm
FOTO hiasan.

Lima maut bom meletup di stadium

MOGADISHU : Sekurang-kurangnya lima penonton satu perlawanan bola sepak maut di sebuah stadium maut apabila ia menjadi sasaran letupan bom, tengahari semalam.

Pegawai Polis, Mohamed Aden berkata, letupan berkenaan berlaku di pekan pelabuhan Barewe dalam kawasan Lower Shabelle ketika penduduk tempatan sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

Ahli perundangan bagi negeri Selatan Barat, Mahad Doore berkata kesemua mangsa terdiri daripada penonton perlawanan.

Pegawai polis Mohamed Aden berkata, kumpulan militan al Shabaab yang memiliki kaitan dengan al-Qaeda disyaki sebagai dalang utama serangan berkenaan.

"Kami percaya al Shabaab adalah dalang di sebalik serangan ini dan sasaran sebenar ialah barisan pegawai yang kebetulan tidak duduk di kawasan terbabit. Bom itu kelihatan seperti dikawal dari jarak jauh," katanya. - Reuters

468 dibaca
Berita Harian X