Rabu, 14 March 2018 | 11:02pm
Pembunuhan berlaku Isnin lalu di Bassa, Plateau beberapa hari selepas sekurang-kurangnya lima orang dibunuh di kawasan itu.

25 penduduk dibunuh pengembala di Nigeria

LAGOS: Kumpulan pengembala bersenjata dipercayai membunuh 25 penduduk kampung di negeri tengah Nigeria di Plateau, kata polis hari ini, dalam keganasan terbaharu dikaitkan hak pemilikan tanah, air dan kawasan ragut.

Pembunuhan berlaku Isnin lalu di Bassa, Plateau beberapa hari selepas sekurang-kurangnya lima orang dibunuh di kawasan itu.

"Mangsa dalam perjalanan pulang ke Zirechi (kampung) dari Dundun apabila diserang lelaki bersenjata dipercayai pengembala Fulani.

"Saya mengesahkan 25 penduduk kampung dibunuh manakala dua lain cedera. Beberapa rumah turut dibakar penyerang," kata Pesuruhjaya Polis Undie Adie kepada AFP.

Katanya, tiada tangkapan dibuat, mengatakan penyerang sempat melarikan diri sebelum polis tiba di situ. -AFP

1709 dibaca
Berita Harian X