Jumaat, 9 Februari 2018 | 8:14am
Kanak-kanak di Afrika. - Gambar hiasan

8 diberkas kes rogol, pedofilia di Mali

BAMAKO: Polis Mali menahan lapan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dua kejadian rogol berkumpulan dan kes pedofilia.

Polis dalam satu kenyataan berkata, insiden rogol berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan mula dilaporkan sejak akhir minggu lalu, hingga membawa kepada penahanan empat remaja lelaki berusia antara 15 hingga 25 tahun.

"Empat perogol yang dirakamkan dalam video yang disebarkan baru-baru ini dan dikongsi di rangkaian media sosial sudah berjaya ditahan di Bamako, kelmarin," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tiga lagi penyerang turut ditahan kelmarin, iaitu kumpulan kedua yang terbabit dalam satu lagi insiden di Bamako.

"Seorang lelaki berusia 75 tahun ditahan pada hari yang sama kerana terbabit kejadian pedofilia dengan kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun," kata kenyataan itu. - AFP

754 dibaca
Berita Harian X