;
Jumaat, 2 Februari 2018 | 9:09pm
SEMUA 955 pelombong emas yang terperangkap lebih sehari di bawah tanah di Afrika Selatan selepas bekalan elektrik terputus berjaya diselamatkan hari ini.- Foto AFP

955 pelombong emas Afrika Selatan selamat

JOHANNESBURG: Semua 955 pelombong emas yang terperangkap lebih sehari di bawah tanah di Afrika Selatan selepas bekalan elektrik terputus berjaya diselamatkan hari ini.

"Semua berjaya keluar," kata jurucakap lombong, James Wellsted kepada AFP, sambil menambah tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

"Tiada kecederaan serius, hanya beberapa kes kekurangan air dan tekanan darah tinggi dilaporkan."

Ketua Eksekutif syarikat Sibanye-Stillwater, Neal Froneman berkata operasi di lombong berkenaan akan disambung semula pada Isnin.

Ogos lalu, lima pelombong mati selepas sebahagian daripada lombong emas itu runtuh di luar Johannesburg.

Pada 2016, tiga pekerja yang ditempatkan di permukaan sebuah lombong arang batu tertimbus selepas berlaku tanah runtuh. Mayat mereka tidak ditemui. - AFP

213 dibaca
Berita Harian X