;
Khamis, 1 Februari 2018 | 11:14pm

950 pelombong terperangkap bekalan elektrik terganggu

JOHANNESBURG: Kira-kira 950 pelombong emas terperangkap di bawah tanah di Afrika Selatan hari ini selepas bekalan elektrik terputus, kata pemilik lombong, walaupun pekerja dilaporkan tidak berada dalam bahaya.

"Kami sudah menghantar pasukan penyelamat, mengira semua pekerja dan jelas cuba mengeluarkan mereka secepat mungkin," kata jurucakap syarikat perlombongan, Sibanye-Stillwater, James Wellsted, kepada televisyen ENCA. - AFP

186 dibaca
Berita Harian X