Selasa, 30 Januari 2018 | 12:27am
10 banduan maut dalam pergaduhan di Penjara Awam Itapaje, di Ceara, di timur laut Brazil. - Foto hiasan

10 banduan maut bergaduh

SAO PAULO: Seramai 10 banduan maut dalam pergaduhan di Penjara Awam Itapaje, di Ceara, di timur laut Brazil.

Jurucakap Setiausaha Kehakiman, berkata pergaduhan membabitkan kumpulan penjenayah yang bermusuh di penjara yang terletak kira-kira 125 kilometer dari Fortaleza, ibu negeri Ceara.

Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 14 ditembak mati di kelab malam di Fortaleza.

Media tempatan melaporkan pembunuhan itu, dilakukan penyerang bersenjata yang tiba dengan tiga kereta, berkaitan dengan perbalahan antara penyeludup dadah bermusuhan.

Pihak berkuasa tidak menyatakan jika kes di penjara itu ada kaitan dengan kejadian di kelab malam, semalam. - AFP

609 dibaca
Berita Harian X